Monday, May 10, 2010

IBU KAU ILHAMKU

bismillahirrahmanirrahim..
sebenarnye memang tak sabar gile nak buat entry ni.aku rasa inilah pertama kali aku buat dua entry dalam satu jarak yang dekat.sebelum ni  macam setahun sekali.macam eh.ini hanya macam.

''ku ingin kau jadi wanita mulia......''-ringtone mak aku berbunyi.ak sure mak  x ubah ringtone ni selagi xde orang buatkan untuk die.
''hello..assalamualaikum mak..''
''waalaikumussalam..haa adik.''
''hehehe ..ngah buat ape mak??''
''takdelah tengah siap nak pegi program keluarga sakinah kat ulu choh''
''oooooooo............hehe. urm..Mak Selamat hari Ibu!!!!!!!!!!!!!!!!! hihi''
''oooh..terima kasihhhh bebeh dik......
kami gelak sama-sama..
perbualan bersambung..........

since kecik kecik,mak aku memang adalah the most best person ever yang sentiasa akan menjadi pengurus peribadi anaknya yang tak terurus ni. Aku paling ingat dan x leh lupa lah..sejak kali pertama aku terlibat dengan bende2 alah pertandingan di sekolah yang semua memerlukan standing in front of audients with high confident level , semuanya mak aku lah yang jadi 1st liner sebelum cikgu. masa darjah 2, kali pertama masuk pertandingan bercerita, pertandingan ni aku rasa tujuan utama adalah untuk mencari wakil pertandingan bercerita peringkat sekolah dan seterusnya.

jadi macam mane entah aku boleh masuk dan cerita  yang ak bawak tu mak aku yang tuliskan sepenuhnya..cerita 'SANG SEMUT DAN BELALANG'..pernah dengar?cerita ini banyak pengajaran.cerita ni memang  historical betullah buat aku.dari jalan cerita sampai suara semut dan belalang bercakap tu pun jadi sejibik dengan suara akul.ini semua adalah hasil jalan cerita dan latihan yang mantoop dari mak pluss nenek sekali.memang benar nenek aku pon join tolong buatkan dan beri latihan intensif .latih tubi.kehkehkeh.natijahnya aku menang pertandingan tu...dan mulalah cikgu suruh buat persembahan kat perhimpunan sekolah..malah sampai sorang cikgu music sepatutnya ajar music masa tu suh  buat persembahan bercerita tu sekali lagi masa kat dalam kelas.memang hebat penangan mak aku.sejak ari tu aku mula masuk pertandingan pertandingan bercerita peringkat sekolah, zon..etc.

sama juga pertandingan melukis..mewarna.menang untuk kategori tahap satu.lukisan dipertontonkan di board susur gajah sekolah ala ala geleri konon.darjah 6 aku masuk pertandingan lukis peringkat daerah.tapi x menangla dpat no 5 atau 6 kot.biasalah tangan pengkor.semuanya ni hasil betapa supportive nye mak dan jugak ayah yang akan bawak kitorang pi pertandingan kat mane2 la kalau berkesempatan walaupun pertandingan mewarna kat UTM sempena hari konvo kitorang (kakak dan aku) x menang sebab ramai budak2 pakai kaler krayon hebat2 kami hanya kaler kayu.tapi yang nak cite disini betapa supportive nya mak aku ni tak leh handle.walaupun mak tak belajar tinggi atas kesempitan hidup dulu.tapi mak tetap the best ever n forever.

satu hari masa darjah dua juga,cikgu suruh  buat persembahan untuk perhimpunan sekolah.if not mistaken setiap kelas mesti kena hantar wakil buat persembahan setiap minggu.langsungnya aku dipilih ,maka mak aku jugak lagi tolong buatkan aku satu sajak..sajak ni walaupun pendek khas untuk kanak2 darjah dua, simple dan mungkin biasa je namun ia sangat bererti buat aku. dan hingga saat ini aku masih ingat sajaknya dah hampir14 tahun dan akan terus ingat sampai bila bila insyaAllah.

 sebenarnya aku terkilan..sebab x dapat deklamasikan sajak tu sampai ari ni kat tapak perhimpunan tu..cikgu tangguh tangguh sampai aku naik tahun dan akhirnya sampai masuk sekolah menengah.maka aku deklamasikan kat sini je la.. tajuknya: 'RESEPI KEJAYAAN' ,pendek cetotet let je,

sekilo kerajinan..
 sekilo usaha..
 diadun..dipadukan..
 menjadi keyakinan...
 ditambah dengan keimanan..
diserikan dengan ketakwaan..
 terap dan bentukkan..
 menjadi nilai-nilai wawasan...
hidangkanlah sajikanlah..
kepada anak anak watan..
 kelazatan kenikmatan..
 itulah yang dijanjikan!..



penuh tersirat maksud sajak ni pada aku..terima kasih mak..selama ini menjadi vertebrae tegar anakmu ini..
akan ku jadi pula vertebrae itu untuk menampungmu kelak..
ya..tiada siapa boleh menandingi mu setelah Allah dan Rasulullah..

SELAMAT HARI IBU!
buat Che hanum bt Abd latiff

mak
sekian
 wassalam
 chow

p/s: kalau aku pi balik sekolah rendah pekan nanas tu aku nak berdiri atas perhimpunan (kalau masih tak roboh) nak deklamasi sajak tu balik.sorang2 pun sorang2 la.terkilan punye pasal.

No comments:

Post a Comment