Showing posts with label inner voice. Show all posts
Showing posts with label inner voice. Show all posts

Wednesday, July 14, 2010

biar

kadang hati berterus simpati
memang sukar untuk dibayangkan apatah lagi untuk melalui
kerana  tabah dan kuat maka Dia telah memilih sang diri

bila suatu ketentuan amat sukar diduga
maka apanya yang pasti ialah redha
kerana iatu kunci utama penyelesai segala
luluh kekusutan tatkala lara

bukan mudah untuk bicara
kerana bukan sang mata yang menyorot merasainya
namun kini bukan lagi masa untuk mengadah
langkah diterus tak akan beralah

ucap salam pada derita
pupuk semangat menghapus kecewa
terkunci lidah tak bermakna kalah
kerana sang petah masih terlupa hargainya
alpa bila kelihatan gah

biar jauh dari kebiasaan
tapi dekat dengan kesabaran
saat masa itu datang
rupanya kamulah yang paling senang.

 -ENT WARD,PPUKM, 8.30AM,MEI 2010,-

semuanya lebih bererti apabila dihayati~

Sunday, May 30, 2010

kerana inilah

pandangan ku jauh menangkap sisip wajah kabur itu..
dengan beg masih ditepi digenggam erat
tapak kaki dirapat
masih teguh memandang sang kelibat
begitulah. hanya sekadar mengira waktu
sementara menghitung minit sebelum berlalu untuk sesuatu

tanpa sedar
suatu kebingitan menggegar gegendang condong lantas menggongcang tulang2 kecil dan akhir ke temporal lobeku 
nasib aku masih sihat tanpa penuh tempelan di salur pembawa cecair nikmat hidup
mata ku kalih pada kebingitan itu
ia seolah memperingatiku akan apa yang bakal lalui 
suatu pengharapan muncul yang tidak pernah putus walau seketika
 kulihat resah pada sang wajah

angan ku kembali jauh melayang
 memikir segenap masa mendatang
 kuasa Allah maha hebat segala
 mengaturkan terbaik buatku tanpa cela

kerana inilah tarbiyah terbaik
bagi seorng insan yang masih celik
pengorbanan yang tidak kenal erti jerih
namun bisa peroleh indah dalam ruang lemah dan letih
tercantas resah terlupa segala getir

kerana  inilah tarbiyah  terbaik
 buat diri dan mereka yang rela hayati
 dalam suatu peluang yang tidak terzahir
menanti sang sedar selongkar sendiri
barulah terpasak takkan lari..

  OGAC,PPUKM,APRIL 2010

P/S kadang2 ayat aku sendiri pun aku susah nak paham. walaweh.chow.wassalam