pandangan ku jauh menangkap sisip wajah kabur itu..
dengan beg masih ditepi digenggam erat
tapak kaki dirapat
masih teguh memandang sang kelibat
begitulah. hanya sekadar mengira waktu
sementara menghitung minit sebelum berlalu untuk sesuatu
tanpa sedar
suatu kebingitan menggegar gegendang condong lantas menggongcang tulang2 kecil dan akhir ke temporal lobeku
nasib aku masih sihat tanpa penuh tempelan di salur pembawa cecair nikmat hidup
mata ku kalih pada kebingitan itu
ia seolah memperingatiku akan apa yang bakal lalui
suatu pengharapan muncul yang tidak pernah putus walau seketika
kulihat resah pada sang wajah
angan ku kembali jauh melayang
memikir segenap masa mendatang
kuasa Allah maha hebat segala
mengaturkan terbaik buatku tanpa cela
kerana inilah tarbiyah terbaik
bagi seorng insan yang masih celik
pengorbanan yang tidak kenal erti jerih
namun bisa peroleh indah dalam ruang lemah dan letih
tercantas resah terlupa segala getir
kerana inilah tarbiyah terbaik
buat diri dan mereka yang rela hayati
dalam suatu peluang yang tidak terzahir
menanti sang sedar selongkar sendiri
barulah terpasak takkan lari..
OGAC,PPUKM,APRIL 2010
P/S kadang2 ayat aku sendiri pun aku susah nak paham. walaweh.chow.wassalam
No comments:
Post a Comment