Sunday, May 30, 2010

kerana inilah

pandangan ku jauh menangkap sisip wajah kabur itu..
dengan beg masih ditepi digenggam erat
tapak kaki dirapat
masih teguh memandang sang kelibat
begitulah. hanya sekadar mengira waktu
sementara menghitung minit sebelum berlalu untuk sesuatu

tanpa sedar
suatu kebingitan menggegar gegendang condong lantas menggongcang tulang2 kecil dan akhir ke temporal lobeku 
nasib aku masih sihat tanpa penuh tempelan di salur pembawa cecair nikmat hidup
mata ku kalih pada kebingitan itu
ia seolah memperingatiku akan apa yang bakal lalui 
suatu pengharapan muncul yang tidak pernah putus walau seketika
 kulihat resah pada sang wajah

angan ku kembali jauh melayang
 memikir segenap masa mendatang
 kuasa Allah maha hebat segala
 mengaturkan terbaik buatku tanpa cela

kerana inilah tarbiyah terbaik
bagi seorng insan yang masih celik
pengorbanan yang tidak kenal erti jerih
namun bisa peroleh indah dalam ruang lemah dan letih
tercantas resah terlupa segala getir

kerana  inilah tarbiyah  terbaik
 buat diri dan mereka yang rela hayati
 dalam suatu peluang yang tidak terzahir
menanti sang sedar selongkar sendiri
barulah terpasak takkan lari..

  OGAC,PPUKM,APRIL 2010

P/S kadang2 ayat aku sendiri pun aku susah nak paham. walaweh.chow.wassalam



Monday, May 10, 2010

IBU KAU ILHAMKU

bismillahirrahmanirrahim..
sebenarnye memang tak sabar gile nak buat entry ni.aku rasa inilah pertama kali aku buat dua entry dalam satu jarak yang dekat.sebelum ni  macam setahun sekali.macam eh.ini hanya macam.

''ku ingin kau jadi wanita mulia......''-ringtone mak aku berbunyi.ak sure mak  x ubah ringtone ni selagi xde orang buatkan untuk die.
''hello..assalamualaikum mak..''
''waalaikumussalam..haa adik.''
''hehehe ..ngah buat ape mak??''
''takdelah tengah siap nak pegi program keluarga sakinah kat ulu choh''
''oooooooo............hehe. urm..Mak Selamat hari Ibu!!!!!!!!!!!!!!!!! hihi''
''oooh..terima kasihhhh bebeh dik......
kami gelak sama-sama..
perbualan bersambung..........

since kecik kecik,mak aku memang adalah the most best person ever yang sentiasa akan menjadi pengurus peribadi anaknya yang tak terurus ni. Aku paling ingat dan x leh lupa lah..sejak kali pertama aku terlibat dengan bende2 alah pertandingan di sekolah yang semua memerlukan standing in front of audients with high confident level , semuanya mak aku lah yang jadi 1st liner sebelum cikgu. masa darjah 2, kali pertama masuk pertandingan bercerita, pertandingan ni aku rasa tujuan utama adalah untuk mencari wakil pertandingan bercerita peringkat sekolah dan seterusnya.

jadi macam mane entah aku boleh masuk dan cerita  yang ak bawak tu mak aku yang tuliskan sepenuhnya..cerita 'SANG SEMUT DAN BELALANG'..pernah dengar?cerita ini banyak pengajaran.cerita ni memang  historical betullah buat aku.dari jalan cerita sampai suara semut dan belalang bercakap tu pun jadi sejibik dengan suara akul.ini semua adalah hasil jalan cerita dan latihan yang mantoop dari mak pluss nenek sekali.memang benar nenek aku pon join tolong buatkan dan beri latihan intensif .latih tubi.kehkehkeh.natijahnya aku menang pertandingan tu...dan mulalah cikgu suruh buat persembahan kat perhimpunan sekolah..malah sampai sorang cikgu music sepatutnya ajar music masa tu suh  buat persembahan bercerita tu sekali lagi masa kat dalam kelas.memang hebat penangan mak aku.sejak ari tu aku mula masuk pertandingan pertandingan bercerita peringkat sekolah, zon..etc.

sama juga pertandingan melukis..mewarna.menang untuk kategori tahap satu.lukisan dipertontonkan di board susur gajah sekolah ala ala geleri konon.darjah 6 aku masuk pertandingan lukis peringkat daerah.tapi x menangla dpat no 5 atau 6 kot.biasalah tangan pengkor.semuanya ni hasil betapa supportive nye mak dan jugak ayah yang akan bawak kitorang pi pertandingan kat mane2 la kalau berkesempatan walaupun pertandingan mewarna kat UTM sempena hari konvo kitorang (kakak dan aku) x menang sebab ramai budak2 pakai kaler krayon hebat2 kami hanya kaler kayu.tapi yang nak cite disini betapa supportive nya mak aku ni tak leh handle.walaupun mak tak belajar tinggi atas kesempitan hidup dulu.tapi mak tetap the best ever n forever.

satu hari masa darjah dua juga,cikgu suruh  buat persembahan untuk perhimpunan sekolah.if not mistaken setiap kelas mesti kena hantar wakil buat persembahan setiap minggu.langsungnya aku dipilih ,maka mak aku jugak lagi tolong buatkan aku satu sajak..sajak ni walaupun pendek khas untuk kanak2 darjah dua, simple dan mungkin biasa je namun ia sangat bererti buat aku. dan hingga saat ini aku masih ingat sajaknya dah hampir14 tahun dan akan terus ingat sampai bila bila insyaAllah.

 sebenarnya aku terkilan..sebab x dapat deklamasikan sajak tu sampai ari ni kat tapak perhimpunan tu..cikgu tangguh tangguh sampai aku naik tahun dan akhirnya sampai masuk sekolah menengah.maka aku deklamasikan kat sini je la.. tajuknya: 'RESEPI KEJAYAAN' ,pendek cetotet let je,

sekilo kerajinan..
 sekilo usaha..
 diadun..dipadukan..
 menjadi keyakinan...
 ditambah dengan keimanan..
diserikan dengan ketakwaan..
 terap dan bentukkan..
 menjadi nilai-nilai wawasan...
hidangkanlah sajikanlah..
kepada anak anak watan..
 kelazatan kenikmatan..
 itulah yang dijanjikan!..



penuh tersirat maksud sajak ni pada aku..terima kasih mak..selama ini menjadi vertebrae tegar anakmu ini..
akan ku jadi pula vertebrae itu untuk menampungmu kelak..
ya..tiada siapa boleh menandingi mu setelah Allah dan Rasulullah..

SELAMAT HARI IBU!
buat Che hanum bt Abd latiff

mak
sekian
 wassalam
 chow

p/s: kalau aku pi balik sekolah rendah pekan nanas tu aku nak berdiri atas perhimpunan (kalau masih tak roboh) nak deklamasi sajak tu balik.sorang2 pun sorang2 la.terkilan punye pasal.

Sunday, May 9, 2010

telah mula

bismillahirrahmanirrahim
Alhamdulillah.

hanya Allah maha mengetahui.aku memang x pandai nak express  feeling directly to them.i'm worry to break their hearts and worsen it even more.but i d' care all of u guys.and i really understand the situation.The journey is not finished yet, its just gone through a hard-hurt phase in order  to make the engine even stronger before it begins to speed up again.'Allah burdens not a person beyond his scope'-(Al-baqarah-286)

telah seminggu mula class.
hari pertama melangkah tahun 4,rasa macam da besar pulak..diam x diam dah hampir empat tahun aku dalam dunia perubatan ini.rasa macam semalam baru habis oreintasi 3k 1st year yang tema utama adalah larian macam nak lempang.

---------------------------------------*****************----------------------------------------
pulang dari rumah, dalam teksi pakcik teksi tanya:

'da berapa lama dah belajar?'
'urm..iAllah besok start sem baru tahun keempat pakcik'.(macam x menjawab soalan)
'ooo..dah tinggal lagi setahun lebih je laye.'
'haah.insyaAllah'.-jawab sopan.teror pakcikni.

berbual2 orang matang.
sebelum turun.

'urm belajar baik baik ye nak.semoga berjaya.'
'insyaAllah pakcik.terima kasih.semuga selamat semua'(pakcik ni baru kematian anak saudara berusia 23tahun atas sebab penyakit y tidak diketahui)


dalam otak bergelumang..haah da lebih separuh aku soaked in medical life ni..dah nak jadi doctor da..akan menyelamatkan nyawa orang tak lama lagi ni.to heal or to kill?

pantas seih masa berlalu....
dapat posting TRIAD-otorhinolaryngology(ENT),ophtalmology, anaesthesiology.hari pertama,
buku tiada,langsung blurr.lecture 1st epistaxis.clinic tiada patient.pelik.maka belajar physical examination for ears
----------------------------------------*****************----------------------------------------------
A student (she just finished her med school) from Dubai. but she is an iraqian.she 's doing her attachment in  our hospital,particularly in ENT department ,and more specifically she's joining our group.We become  friends.she keeps saying thanks to me for helping her alot here.she never learnt  ENT clinically there.bukan ape,tapi aku memang  rasa empathy lagi2 saudara seIslam and try to put my self in her shoes,mesti horrible.alone and knows nothing.Dengan language barrier nya lagi.lagipun mengenali seseorang yang lain dari ruang lingkup kita sesuatu yang menarik.boleh share macam2.boleh bantu kembangkan otak aku sikit.manalah tau satu ari aku pi dubai ker. adelah orang nak bagi tumpang rumah.hihi.Her name is Marwa .yes like from safa to marwa she said.she never been there after all .

she 's pretty, unfortunately she already married for almost 2 months (act fortunately) with an Iraqian who works as dentist and as lecturer in USIM as well.She said  learning system in Malaysia is more organized than theirs and she really loves Malaysian.she said we are very nice,she only talks with her close friends in Dubai.Here we are very generous.we smile anywhere (appropriately)and with everybody.kembang kempisan aku.Isaac kata we are 1 Malaysia.hoho.
-------------------------------------****************-------------------------------------
 ak pun ade bace gempar gempur berita dari sini yang ramai Housemen UKM dan UM pi lari berkhidmat kat singapore dan komen jawapan sincere(mungkin) dari sini.and I d read all the comments.Personal thought,initially ak rasa memang x patut jugak tindakan ini.Nevertheless, 2nd thought i think that ll be an 'eye opener' to some related person and society.Hopefully something good or at least better will happen after this.

-------------------------------------****************------------------------------------------------
setahu aku, posting aku kali ini tiada student perempuan melayu yang sama dengan posting aku masa 3rd year.lelaki melayu pun tiada.cuma beberapa rakan chinese.tapi x apalah inilah peluang untuk merapatkan lagi ukhwah dengan rakan rakan lain.buleh kate sejak dari 3rd yer setiap kali masuk sem baru ak akan renovate bilik aku.kali ini ubah lagi sekali.ubah citarasa.sem baru.timbulkan semangat baru.aku rasa yang ini..sangat aku suke.yeah.alhamdulillah.terima kasih korang yer temankan semalam.meh2 datang bilik.(perempuan sahaja)
 ade beberapa perkara non academic sedang menunggu aku sekarang.ak berazam mahu kurang kan activiti non-academic aku tahun ni.tapi macam dah banyak la jugak.ape2 tunggu je lah.aku paling gile x sabar dengan penghasilan buku tu.dah lame da ni.buku ape tu??haaaa.jeng jeng jeng.tungguuuu.

kali ni study group merely dengan XX. XY tanya..no no..kami nak sume perempuan la..pro nye..senang, xpayah proper attire.go go go girls! kehlah.. sume tentang diri aku.nyampah dah orang baca(kalau ade orang baca pon la).

 p/s:umai dah ajar care nak potong perkataan tu ,eg: saya mahu makan basikal karipap.
      memang jakunis bin lakunis betol la aku ni.rupanya pi ubah dekat setting.aiiyoo.
     :nanti aku amik gambar kawan Iraqian masuk disini buat kenangan terindah.

okelah.sekian.wassalam.chow