Tuesday, April 27, 2010

untitled

bismillahirrahmanirrahim


iyyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaarhhhhh!


bagi regang sikit trapezius dan latissimus dorsi muslce ak..eerk.


akhirnya..dan akhirnya,tamatlah riwayat sang degil.huh.ak baru je habis.berpeluh bermandikan keringat menghempas pulas menjawab soaln O&G semalam.agak gusar juga.peluang kedua kadang kadang agak memedihkan namun cukup memberi makna,hikmah dan nilai tambah(nilai tambah??ak pun x paham maksud ni) insyaAllah.kita berusaha sahaja sebaik,semampu mungkin,walau mungkin belum lagi mencukupi.kini bertawakal kepada Allah.semuga dipermudahkan segala jalan yang terbaik dunia dan akhirat untuk aku dan rakan rakan.amin.

lame juga tidak mengupdate blog.macam la busy gile.diam x diam da hampir 3 tahun juga blog aku ini.dari 2008-2010.tapi boleh dikira berapa buah/helai entry yang ade,xmenarik sungguh.ke aku memang seorang yang 'secretive'?itu mungkin betul.aku agak perahsia juga.

tapi yang penting masa baru buat blog, ak memang berniat hanya akan menulis bila kene masa yang tepat, ade feel, tidak mahu membebankan diri dan menjadikan ia sesuatu yang sangat heavy untuk aku.sebab itulalah temanya 'sukasukiku'.

dan blog ini..mungkin tidak begitu ilmiah atau berinformasi kerana ia sekadar sukasukiku.peringatan awal kepada orang yang tersesat menengok blog ini tidak boleh mengharap yang best2.blog ini tidak mempunyai format yang rigid.semua cincai kira.mungkin juga suatu ekspresi.mungkin,itu hanya mungkin.

namun aku lebih gemar menulis berkaitan perkara yang berlaku disekeliling aku.dari pengalaman seciput ini.i learnt from every single- simple-trivial-niglected things happens around myself,I learn from people around me and yet so many things to learn still.Life ll be so interesting if i appreciate every moment of it,anything happens with reason.-'semuanya lebih bererti apabila dihayati'.ya semuanya.the very slow motion-last lyric of 'Alhamdulillah' song by too phat,i love that song so much.

pulang dari midvalley ,keluar bersama sahabat2ku sebelum kehabisan cuti yang bersisa ini.bawa pulang buku yang memang nak baca sangat,buku peminat aku,eh aku peminat buku tu,'Life is an Open Secret' by zabrina abu bakar. A simple-relaxed writing style motivation book based on writer's own experiences.This is her second book i bought. The other one is a novel-'Kite Runner',by Khaled Hossein.Im not sure the greatness of this book.I just heard from strangers about it.let me read it first.oh tapi rupanya sudah ade movie tentang cerita ini.nanti ak nak carik lah.





Satu lagi, aku memang belum pernah lagi membuat mana mana link tentang kehadiran blog ini hingga saat ini.samada di facebook/ym or apa2.mungkin kalau ada pun secara indirect.kalau link2 antara blog tu ak xpe je.biarkan.aku lebih senang begitu.mungkin belum tiba masanya.biasalah blog tak best.x syok r bagitau orang yek.eh kenapa aku bagitau benda ni.macam ngek.

okelah aku mahu pulang ke rumah esok ,menikmati cuti berapa kerat ini.apa2 calling2(ni macam ayat budak2 sekarang yang macam nak lempang langsung tiada kaitan).

sekian ,sekadar sukasukiku.wassalam.chow.


nota su-kakiku:
-mungkin aku akan menggunakan kata ganti nama 'aku' lepas ni.macam best dan telus.tapi ini hanya mungkin.
-penat mencari jalan bagaimana nak cancelkan perkataan seperti ia salah tulis.tapi tidak ketemu lagi.aku memng jakun betol dengan benda2 ni.

Saturday, April 3, 2010

Ubah



semakin hari ..semakin berubah


fizikal, usia dan juga kematangan.yang ketiga tu belum pasti.

bagaimanakah kesudahannya kehidupan kita ini...

amat sukar diramal.tahun demi tahun berlalu..pergi begitu shaja?apakah yang menentukan sebenarnya..

selalu saya terfikir..


perubahan manusia mengikut zaman yang dilaluinya.bagaimana sikap, cara berfikir. cara tindakan .cara berbual.cara berpakaian dan sebagainya.

saya ingin mengutarakan pendapat tentang perubahan perubahan manusia dan perkara yang mempengaruhi mereka sejajar mengikut zamannya.macam
cross sectional study pulak rasanya.



1. zaman tadika

zaman yang penuh warna warni..mereka lebih kurang sama sahaja, perbezaan tidak begitu ketara kerana masing masing masih tidak matang dan tidak memikirkan isu yang besar lagi.ahhh..indah sungguh zaman ini.janji ada botol air yang berwarna warni dan kotak pensil yang menghasilkan bunyi keletung keleting


2.zaman sekolah rendah.

dipengaruhi ibu bapa dan jawatan yang dipegang di sekolah.masa time ni skema skema lagi.baju pun asik kena kotor sahaja.rasa dah jaga baik dah.tapi balik sekolah mesti ada terkena samballah.macam macam.kalau jadi pengawas maka akan menjadi pelajar harapan.pasti sekema sekali.senang cerita 'the perfect prefect' lah.


3.zaman menengah rendah..


haa.. time ni banyak dipengaruhi kawan kawan .baru mengenal usia remaja la katakan.lebih lebih yang duduk asrama.ada yang mula berjinak jinak suka orang tulah inilah.ada yang bercinta monkey.dalam satu sekolah mesti ada satu geng yang agak menonjol saat itu.mesti punyalah.kadang kadang siap ada nama.geng yang digeruni oleh setip makhluk bumi.haha.ada yang suka habis ikut trend sekolah terbaru masa tu.siapa yang paling up to date dengan trend terbaru memang paling hebatlah.haish.


4.zaman menengah atas.

macam konon sudah matang sikit.tidak mudah terpengaruh sangat.masing masing yang lelaki mahu jadi 'akulah leleki paling macho di alaf ini'.haha.yang perempuan malu malu dan mula bergaya dewasa.yerke.ada yang sangt focus pada pelajaran nak score spm nih beb!jangan kacau!


5. zaman matrikulasi./foundation seumpama dengannya

kalau dimatrik.memang tidak boleh dinafikan.semacam ada satu kehidupan sendiri yang tidak boleh disamakan dengan zaman lain. mungkin sebab semua satu tahun yang sama dalam satu kawasan yang dikelilingi kawan kawan yang satu umur.tidak ada senior.never know what happened outside there.huu.kawan kawan semua datang dari pelabagai latar belakang dengan pelbagai gaya dan perangai.cara berfikir dan berperlakuan dan berpakaian banyak dipengaruhi oleh kawan.lebih2 satu praktikum.maklumlah baru mengenal dunia luar yang tidak perlu beruniform pergi belajar.macam macam gaya lah keluar.


6. zaman universiti

zaman yang tengah saya hadapai sekarang.apa yang boleh saya simpulkan zaman ini ye.dari alam matrik yang agak lebar.scope menjadi lebih kecil sedikit ,lebih close kerana di'close'kan oleh rakan rakan satu course.maka lebih mengenali antara satu sama lain.masa time ini.amat amatlah dipengaruhi oleh rakan yang hampir dengan kita.peluang melibatkan aktiviti itu ini semakin terbuka luas kerana persaingan dalam satu course tidak lah terlalu banyak jika dibandingkan semasa matrik dulu.cume terpulang kepada kita mahu atau tidak.juga corak kehidupan banyak dipengaruhi oleh faktor sekeliling contohnya golongan (lelaki n perempuan)yang ada dalam satu course itu,faktor course yang diambil,keadaan universiti yang dipilih,dan faktor diri sendiri yang menentukan.banyak rakan rakan lama saya yang telah berubah banyak di zaman ini.huurrm..


7.tahun tahun akhir universiti

banyak lebih rapat dengan rakan yang paling rapat dan semakin menghampiri haluan sendiri.ada yang dah bertunang. berkahwin mungkin juga dah ada.strees sedikit menghadapi peperiksaan akhir yang amat penting disamping ada yang busy menyiapkan tesis masing masing.haa baru kelam kabut semua.terfikir bersediakah aku mahu bekerja.

8.alam perkerjaan

saya belum menempuhinyaa tapi saya cuba.pada saat ini.keluargalah orang yang paling hampir dengan kita.kenangan silam di zaman u sentiasa kukuh dalam ingatan. rakan rakan masing masing bekerja di tempat kampung halaman masing masing.bukan halaman rumah.waktu reunion barulah berjumpa kembali. masing masing ada haluan sendiri.berjumpa kawan baru di alam pekerjaan yang tidak sama langsung dengan alam belajar.bergaul dengan orang yang lebih dewasa .kenelah ikut rentaknya.cara bercakap dan isu perbualan jauh berbeza di zaman u dulu.tajuk perbincangan jauh lebih bersifat global.bersifat kenegaraan walaupun bukanlah berubah apa sangat walaupun asik berbual menganainya dari hari ke hari.heee. cara menilai sesuatu juga agak berubah.stress kerja.baru sedar bekerja ini tidaklah sebest mana.tanggungjawab mula menggunung.semua tanggung sendiri lah beb.who cares?.hee.lebih pulak.
apapun nasib baik keluarga ada di samping.hujung bulan dapt gaji.yeah,bolehlah belanja emak ayah, adik,anak bini,atuk, nenek,nenek sedara..blabla.


9.alam rumahtangga

zaman ni lagilah.tida pengalaman.apa yang paling penting dan utama adalah keluarga.family come first.and always the first selagi perasaan itu tidak pudar.insyaAllah.isu perbincangan lebih menjurus kepada isu anak2 isteri2 suami2.tanggungjawab makin besar dan malah besarlagi.besar punya.

-------------------------------*****************------------------------------------------


1.semakin pantas masa berlalu.sehingga hampir kita tidak menyedarinya bahawa kita sudah semakin menghampiri kematian.semakin dewasa rupanya.namun adakah kematangan usia sepadan dengan kematangan pemikiran kita.?


2. barulah perasan berapa banyak sangatlah masa kita bersama keluarga kita ye.sudahkah kita menelefon keluarga kita dirumah bertanya khabar?tahukah kita keluarga kita amat merindui kita dan amat berharap pada kita. walaupun tidak meluahkan.walaupun ada diantara kita dikelilingi adik beradik yang berjaya2 sudah.harapan ibu bapa tidak pernah pudar.

3.kita sentiasa berubah kerana orang sekeling.bilalah kita mahu berubah kerana kita perlu berubah kearah perubahan yang memang perlu.jangan salahkan suasana yang mengubah kita.jangan biarkan suasana mengubah dan membentuk kita.kita yang perlu membentuk suasana.arghhh susahnya kan..tanpa perubahan kita tidak akan kemana.hari ini mestilah lebih baik dari semalam dan esok mestilah lebih baik dari hari ini.mudah bukan.ya mudah untuk dikatakan ,namun sukar gile mahu melaksanakan.


sebab itu perubahan memerlukan pengorbanan.



namun....


adakah kita mahu berubah seorang.bagaimana dengan orang tersayang disekeliling kita?


hmmm.......


saya sudah putus idea.korang fikirkanlah sendiri ye.


'lu pikirlah sendiri'.


chow~.wassalam.

Friday, April 2, 2010

lempang

bismillahirrahmanirrahim

entah kenapa malam ni..


rasa mahu menangis....


rasa sayu..


rasa 'inferior complexity'


kenapa tidak sekuat 'selalu'..


rasa macam nak lempang



entah aku memang suke cakap macam nak lempang walaupun perasaan nak lempang aku tidak ade pon..



die macam satu ayat penyedap bahasa. tiba2 cakap pasal bahasa ni.macam name buku bahasa yang tengah ak dan editor2 aku usahakan ni. waduh..ramai yang tengah study tuk jadi specialist pulak sekarang ni.(pahampaham jelah).bak kata orang jangan cakap perkara yang negatif. so fikir yang positif je. yang rasa negatif terbalikkan jadi positif .kan jadi suatu yang membina gitu.penterjemahana untuk bahasa tamil.memang kene insan yang india sahaja buat. sebabnya kamus tu mula dalam bahasa tamil.waa manala aku dan kawan2 selain india tahu. memang totally depend on them (indian).



uuuuuu..rs nak lempang balik..



mase hari tu.ala masa haritu lah ada aku tulis 'suke' macam nak lempang..



ade orang tanya kenapa macam nak lempang..jadi aku macam nak lempang dia.haha..xdelah aku memang tidak ade niat disebalik batu pun nak lempang siapa siapa. sebabnya aku dah dapat clerk patient untuk CWR besok.so x yah pi ward malam ni.jadi tidak payah lempang siapa2. haa sebenarnya tiada kaitan pun ayat aku ini. sebab tiba 2 aku teringat.aku ni mmg suke benar mngarut tidak tentu hala. eh macam severe je ayat ni.macam nak lempang.haa. lempang lagi.



sebelum aku mula lempang semua orang. baik aku lempang muka aku dulu. bia aku sedar dari mengarut ni.

note kecik:

1.buat entry ni last 3 week,tp malas nak post sebab setiap kali nk post je macam nk lempang,setiap kali nak lempang je macam nak post.hai.

2.lama da x update blog.macam nak lempang.

3.tiba2 pulak guna ganti diri 'aku'.betol ke aku ni.urm............macam nak.....stop sekarang.