semakin hari ..semakin berubah
fizikal, usia dan juga kematangan.yang ketiga tu belum pasti.
bagaimanakah kesudahannya kehidupan kita ini...
amat sukar diramal.tahun demi tahun berlalu..pergi begitu shaja?apakah yang menentukan sebenarnya..
selalu saya terfikir..
perubahan manusia mengikut zaman yang dilaluinya.bagaimana sikap, cara berfikir. cara tindakan .cara berbual.cara berpakaian dan sebagainya.
saya ingin mengutarakan pendapat tentang perubahan perubahan manusia dan perkara yang mempengaruhi mereka sejajar mengikut zamannya.macam
cross sectional study pulak rasanya.
1. zaman tadika
zaman yang penuh warna warni..mereka lebih kurang sama sahaja, perbezaan tidak begitu ketara kerana masing masing masih tidak matang dan tidak memikirkan isu yang besar lagi.ahhh..indah sungguh zaman ini.janji ada botol air yang berwarna warni dan kotak pensil yang menghasilkan bunyi keletung keleting
2.zaman sekolah rendah.
dipengaruhi ibu bapa dan jawatan yang dipegang di sekolah.masa time ni skema skema lagi.baju pun asik kena kotor sahaja.rasa dah jaga baik dah.tapi balik sekolah mesti ada terkena samballah.macam macam.kalau jadi pengawas maka akan menjadi pelajar harapan.pasti sekema sekali.senang cerita 'the perfect prefect' lah.
3.zaman menengah rendah..
haa.. time ni banyak dipengaruhi kawan kawan .baru mengenal usia remaja la katakan.lebih lebih yang duduk asrama.ada yang mula berjinak jinak suka orang tulah inilah.ada yang bercinta monkey.dalam satu sekolah mesti ada satu geng yang agak menonjol saat itu.mesti punyalah.kadang kadang siap ada nama.geng yang digeruni oleh setip makhluk bumi.haha.ada yang suka habis ikut trend sekolah terbaru masa tu.siapa yang paling up to date dengan trend terbaru memang paling hebatlah.haish.
4.zaman menengah atas.
macam konon sudah matang sikit.tidak mudah terpengaruh sangat.masing masing yang lelaki mahu jadi 'akulah leleki paling macho di alaf ini'.haha.yang perempuan malu malu dan mula bergaya dewasa.yerke.ada yang sangt focus pada pelajaran nak score spm nih beb!jangan kacau!
5. zaman matrikulasi./foundation seumpama dengannya
kalau dimatrik.memang tidak boleh dinafikan.semacam ada satu kehidupan sendiri yang tidak boleh disamakan dengan zaman lain. mungkin sebab semua satu tahun yang sama dalam satu kawasan yang dikelilingi kawan kawan yang satu umur.tidak ada senior.never know what happened outside there.huu.kawan kawan semua datang dari pelabagai latar belakang dengan pelbagai gaya dan perangai.cara berfikir dan berperlakuan dan berpakaian banyak dipengaruhi oleh kawan.lebih2 satu praktikum.maklumlah baru mengenal dunia luar yang tidak perlu beruniform pergi belajar.macam macam gaya lah keluar.
6. zaman universiti
zaman yang tengah saya hadapai sekarang.apa yang boleh saya simpulkan zaman ini ye.dari alam matrik yang agak lebar.scope menjadi lebih kecil sedikit ,lebih close kerana di'close'kan oleh rakan rakan satu course.maka lebih mengenali antara satu sama lain.masa time ini.amat amatlah dipengaruhi oleh rakan yang hampir dengan kita.peluang melibatkan aktiviti itu ini semakin terbuka luas kerana persaingan dalam satu course tidak lah terlalu banyak jika dibandingkan semasa matrik dulu.cume terpulang kepada kita mahu atau tidak.juga corak kehidupan banyak dipengaruhi oleh faktor sekeliling contohnya golongan (lelaki n perempuan)yang ada dalam satu course itu,faktor course yang diambil,keadaan universiti yang dipilih,dan faktor diri sendiri yang menentukan.banyak rakan rakan lama saya yang telah berubah banyak di zaman ini.huurrm..
7.tahun tahun akhir universiti
banyak lebih rapat dengan rakan yang paling rapat dan semakin menghampiri haluan sendiri.ada yang dah bertunang. berkahwin mungkin juga dah ada.strees sedikit menghadapi peperiksaan akhir yang amat penting disamping ada yang busy menyiapkan tesis masing masing.haa baru kelam kabut semua.terfikir bersediakah aku mahu bekerja.
8.alam perkerjaan
saya belum menempuhinyaa tapi saya cuba.pada saat ini.keluargalah orang yang paling hampir dengan kita.kenangan silam di zaman u sentiasa kukuh dalam ingatan. rakan rakan masing masing bekerja di tempat kampung halaman masing masing.bukan halaman rumah.waktu reunion barulah berjumpa kembali. masing masing ada haluan sendiri.berjumpa kawan baru di alam pekerjaan yang tidak sama langsung dengan alam belajar.bergaul dengan orang yang lebih dewasa .kenelah ikut rentaknya.cara bercakap dan isu perbualan jauh berbeza di zaman u dulu.tajuk perbincangan jauh lebih bersifat global.bersifat kenegaraan walaupun bukanlah berubah apa sangat walaupun asik berbual menganainya dari hari ke hari.heee. cara menilai sesuatu juga agak berubah.stress kerja.baru sedar bekerja ini tidaklah sebest mana.tanggungjawab mula menggunung.semua tanggung sendiri lah beb.who cares?.hee.lebih pulak.
apapun nasib baik keluarga ada di samping.hujung bulan dapt gaji.yeah,bolehlah belanja emak ayah, adik,anak bini,atuk, nenek,nenek sedara..blabla.
9.alam rumahtangga
zaman ni lagilah.tida pengalaman.apa yang paling penting dan utama adalah keluarga.family come first.and always the first selagi perasaan itu tidak pudar.insyaAllah.isu perbincangan lebih menjurus kepada isu anak2 isteri2 suami2.tanggungjawab makin besar dan malah besarlagi.besar punya.
-------------------------------*****************------------------------------------------
1.semakin pantas masa berlalu.sehingga hampir kita tidak menyedarinya bahawa kita sudah semakin menghampiri kematian.semakin dewasa rupanya.namun adakah kematangan usia sepadan dengan kematangan pemikiran kita.?
2. barulah perasan berapa banyak sangatlah masa kita bersama keluarga kita ye.sudahkah kita menelefon keluarga kita dirumah bertanya khabar?tahukah kita keluarga kita amat merindui kita dan amat berharap pada kita. walaupun tidak meluahkan.walaupun ada diantara kita dikelilingi adik beradik yang berjaya2 sudah.harapan ibu bapa tidak pernah pudar.
3.kita sentiasa berubah kerana orang sekeling.bilalah kita mahu berubah kerana kita perlu berubah kearah perubahan yang memang perlu.jangan salahkan suasana yang mengubah kita.jangan biarkan suasana mengubah dan membentuk kita.kita yang perlu membentuk suasana.arghhh susahnya kan..tanpa perubahan kita tidak akan kemana.hari ini mestilah lebih baik dari semalam dan esok mestilah lebih baik dari hari ini.mudah bukan.ya mudah untuk dikatakan ,namun sukar gile mahu melaksanakan.
sebab itu perubahan memerlukan pengorbanan.
namun....
adakah kita mahu berubah seorang.bagaimana dengan orang tersayang disekeliling kita?
hmmm.......
saya sudah putus idea.korang fikirkanlah sendiri ye.
'lu pikirlah sendiri'.
chow~.wassalam.
No comments:
Post a Comment