terharunya aku..
ade 'insan' yang sangat sayang pada aku...
aku tidak pernah jumpa 'insan' itu pon.
tp aku tau 'insan' itu memang sayang betol pada aku. pada kamu semua juga.iya..percayalah
sangat beruntung rupanya aku.'insan' itu sangat menyangi aku melebihi dirinya. sehingga keakhir hayatnya pun , disaat saat genting itu pun masih risaukan aku.
tapi selalu aku tidak perasan itu.
acapkali aku ambil tidak endah dengan nasihat, ajaran, segala perbuatan mulianya.
sebab aku sangat sibuk mengejar apa yang ada didepan mata aku.
kata sahaja mencintai 'insan' itu, namu seringkali je ingkar..
kata orang tak kenal maka tak cinta
jadi aku mula cuba untuk mengenalinya,
bila aku hayati setiap ajaran,tingkah lakunya, segala percakapannya, tidak pernah ada satu pun yang sia sia.
pernah aku terfikir alangkah bestnya sekiranya insan itu ada sekarang ini.
pasti aman bahagia, pasti mudah aku merujuk segala kemaslahatanku, eeii bestnya.mesti idola manusia bukan pada penyanyi2 yang konon hebat itu lagi.atau mungkin bestnya kalau aku berada pada zaman insan itu.dapat berjumpanya.pasti segalanya mudah.
namun aku tidak boleh berfikir sedemikian
kerana aku tidak tahu mungkin jika aku berada di zamannya ak pula termasuk dalam golongan yang menentang?nauzubillah. jadi aku perlu bersyukur aku berada di zaman ini.aku tetap umatnya.malah telah dijanjikan aku dan kamu-kamu adalah insan yang paling bertuah berbanding mereka yang telah berjumpanya.
insan itu telah menigalkan bekalan yang amat bernilai buat aku dan kamu.
aku sangat rindu pada insan itu.. aku sangat berharap dapat berjumpa dengannya pada suatu hari yang ditentukan nanti.walaupun aku sangat sedar siapalah aku.malunyaaa.nak tulis ni pun malu jugak sebenarnya.rasa tidak layak.tapi aku teringat 'insan' itu pernah bersabda:
''sampaikanlah ajaranku walau satu ayat''
kata seseorang sahabatku, sampaikanlah mengikut kapaciti masing masing.dengan apa yang termampu.tiada orang sempurna.setiap orang ada potential masing2.asal kita bersatu.pasti mudah segalanya.
'insan' itu pun ada berpesan pada detik akhir sebelum ia pergi kepada kekasih yang Maha Agung, bahawa
"peliharalah solat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu."
mungkin juga aku juga termasuk antara orang yang lemah itu.
aku tidak akan putus asa.setiap sesuatu ada permulaannya.aku kena kuat untuk menempuhnya.ya aku mahu jadi kuat!tolonglah aku ye.
aku ingin sekali melihat wajah tenang 'insan' itu pada suatu hari yang ditentukan nanti.
namun segalanya bergantung pada diriku didunia ni dan redaNYA.
urrm..siapa insan yang menyangi aku dan kamu yang aku maksudkan itu..
kamu pun pasti tahu siapa 'insan' itukan.
'insan' itulah ''Muhammad Rasullullah''
rasullullah bersabda dalam khutbah terakhirnya:
"Ku wariskan dua perkara pada kalian, Al Quran dan sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-sama aku."
cintailah Rasulullah kerana cintai Baginda beerti cinta kepada ILahi.wallahualam
~SALAM MAULIDURRASUL 1431 h~
p/s :maaf atas segala kekurangan dlm penulisan, yang baik hanyalah dari Allah,y kurang adalah dari kelemahan saya sendiri.
thumbs up! ^^,
ReplyDelete