Tuesday, January 26, 2010

lawak dalam keseriusan

bismillahirrahmanirrahim..

ade satu cerita kelakar.serius. lawak tidak disengajakan untuk hari ni.tadi ada teaching dengan registra (doktor).lepas habis beberapa patients pi buat short cases, doctor bawak kami ke HDW (High Dependency Unit).

lalu doctor pun panggillah seorang ahli group kami ni untuk perform respiratory system examintation(sistem pernafasan)..agak kecuakan jugak kot diwaktu itu.saya nampak kawan saya tu betul2kan jam.okelah fine.sampai part count pusle rate tiba-tiba doctor tegur..

''urm...__(identiti dirahsiakan)___kamu pakai jam terbalik ker??''

kami semua serbu tengok jam kawan kami itu....
berterabur semua gelak sakan time tu..terbalik nombor 12 kebawah..kihkihkih

''ops...oh..saya pinjam jam kawan saya ni xbawak jam pulak.xperasan tadi'',

lebih kurang gitu la jawab die dengan muka sememeh.macam nak belasah.. Haha.. entah entah patient tu pun turun menyertai kegelakkan tersebut.ishkk..lawak lawak.

yang menjadi masalahnya muke die confident gile je count pulse patient tu..tanpa rasa kelainan waktu pada jam tersebut.rasanya die dah perasan jam tu terbalik .tapi telah tidak mengendahkannya sebab nak guna jarum saat je.

hai...sajaje nak menarik perhatian ea.lawak paling bermakna untuk petang ni.huhu..kalau rasa tidak kelakar tidak mengapapun.kerana ini bukanlah raja lawak.sekadar kalau mahu relax relax minda. yang penting terus banyakkkan practise history taking,Physical examination dan mantapkan knowledge.tidak lupa doa dan tawakkal.semoga dipermudahkan observe long case minggu depan buat y terlibat.amin.

saya saja usik lepas kelas-''ni mesti selalu pakai jam digital power rangers nie.kehkeh''.

cerita ini tidak berniat mensabotaj mana mana pihak samaada yang hidup mahupun yang mati.acewah.
~sekadar sukasukiku~
salam.

Wednesday, January 13, 2010

suatu

nampak relax...

dalam hati siapa yang tahu..

******************

terfikir..

sesuatu dari Allah mungkin adakah suatu ujian untuk menguji hambanya,

atau mungkin satu peringatan pada diri..

maafkan aku Ya Allah..

Sunday, January 10, 2010

EDISI KHAS

bismillahirrahmanirrahim...
segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam ..
yang mematikan yang hidup dan menghidupkan yang mati di suatu hari nanti...
yang maha bijak mengatur segala urusan dan segala ketentuan...

ehem..ehem..
lamenye x menulis..
rasa nak tulis kata2 puitis..


begitu pantas masa berlalu..
terngiang ngiang kembali hampir setahun yang lalu..
tika nama dipanggil sebagai salah satu..
walupun hanya mjadi sekelumit dan sekecimut dari kamu-kamu..


segalanya bermula..
pahit masam buah salak..(??)
manis strawberri cicah coklak..
kelat buah tak masak-masak..
kesemangatan membuak2..
ke'down'an melonjak2..
semua dirasak..

kini..hari ini..berjumpa sekali lagi.. di tempat dulu..
setelah setahun berlalu..


apakah yang telah dilakukan ..
apakah yang telah disumbangkan..
cukupkah tanggungjawab yang telah dilaksakan..
pelbagai-bagai kemungkinan bermain dimindaku kan..
insyaAllah..aku telah berusaha yang termampu atas keterbatasan..
selebihnya aku mohon maaf atas segala kekurangan..

walaupung....
aku kini mungkin tersenyum girang..
menarik nafas lega dan senang..
kerana telah selesai urusanku tersayang
namun aku perlu ingat terang-terang..
masih ada yang tertunggak sekarang...
aku perlu habiskan langkahku hingga ke penghujang(jung)..
semoga hasilnya bermanfaat pada masa akan datang..


ada diantara mereka bertanya kenapa tidak meneruskan perjuangan..
bukan telah bosan...
bukan juga soal siapa siapaan..
jauh sekali ada yang mempengaruhkan..
namun aku yang membuat pilihan..


ak yakin insyaAllah ini yang terbaik buatku..
kerana setiap manusia lebih tahu tentang diri mereka yang satu..
maaf bukan niat untuk pentingkan diriku...
walau kadang-kadang itu perlu..
aku pasti menyokong kalian selalu..
walau tidak dari dalam lingkunganmu..
ak akan terus menyokong kalian dari luar 5 batu..


sahabat2ku
yang meneruskan langkahmu..
anda kini yang menentukan hala tuju..
teruskan perjuanganmu..
biar ada yang tidak telus melihat usahamu..
jika niat murni..pasti hikmahNya menantimu..

patah tumbuh hilang bergantian..
bagi yang baru sungguh terserlah kesemangatan di wajah kalian...
pastikan ia terus kekal hingga ke akhiran..
teruskan langkah laksanakan apa yang diimpikan

resolusi dahulu terngiang-ngiang..
semasa sama-sama mula berjuang..
jangan pernah paling kebelakang..
teruskangggggggggggggggg...........(erkk..)
''Kearah Fakulti Berkebajikan Profesional dan Cemerlang!''
semoga PERSIAP terus cemerlang gemilang dan terbilang!

puisi yang tak puitis.
maka kata-kata ini
didedikasi khas buat..


Persatuan Mahasiswa/wi Fakulti Perubatan UKM (PERSIAP)


sesi 09/10..
Persiap sentiasa dihatiku..(dengan gaya)
yeah!




p/s :memerah otak cari perkataan sama dekat ujung.konon2 nak samakan perkataan terakhir bagi macam merdu..kahkah.
terserlah ketidakpuitisan.


post-AGM 09/10