memang sukar untuk dibayangkan apatah lagi untuk melalui
kerana tabah dan kuat maka Dia telah memilih sang diri
bila suatu ketentuan amat sukar diduga
maka apanya yang pasti ialah redha
kerana iatu kunci utama penyelesai segala
luluh kekusutan tatkala lara
bukan mudah untuk bicara
kerana bukan sang mata yang menyorot merasainya
namun kini bukan lagi masa untuk mengadah
langkah diterus tak akan beralah
ucap salam pada derita
pupuk semangat menghapus kecewa
terkunci lidah tak bermakna kalah
kerana sang petah masih terlupa hargainya
alpa bila kelihatan gah
biar jauh dari kebiasaan
tapi dekat dengan kesabaran
saat masa itu datang
rupanya kamulah yang paling senang.
-ENT WARD,PPUKM, 8.30AM,MEI 2010,-
semuanya lebih bererti apabila dihayati~
semuanya lebih bererti apabila dihayati~