Sunday, August 1, 2010

bunyi oh bunyi

bismillahirrahmanirrahim..
dulu bilikku penuh dengan ketenangan,kedamaian dijiwa suma bagai..tapi ia telah direntap dengan angkuhnya sekali 3 minggu lepas.bunyi bising orang bekerja menggerigil batu nak robohkan bangunan nursing tu memang menggegarkan tympanic membrane ku dengan kencang sekali. kuat gile kat bilek gue..kapan mau siap dong?.klo x caye meh datang sini.masa-alah nya pekerja2 nya sangat rajin dan berdedikasi sampai ari sabtu dan ahad dari pagi sampai petang dorang dok layan menggerigil jugak. nasib baik malam pun diorang x gerigil juga kalau x pasti mereka layak mendapat pekerja cemerlang tahun ini..kesemangatan dan sesungguhan meggerigil tu patut diambil iktibar oleh pelajar medic sume ye or amik je dorang masuk medic terus. huu.saya faham mereka ada due date.akhirnya saya hanya mampu berdoa semuga bile siap bangunan tu saya tidak didiagnos mengahadapi conductive hearing loss sudeh.

jadi sebab saya adalah orang kecik yang tidak punye kuasa veto dan superman maka inilah pilihan2 yang boleh dipiliholeh saya dan mereka yang menghadapi masalah yang sama ye.

1.  tutup tingkap bilik.walaupun cara ini hanya dapat membantu sedikit pengurangan bunyi bising itu.namun tindakan ini agak sukar bagi saya juga. kerana saya adalah seorang yang  gemar membuka tingkap semasa dibilik.agar pengudaraan bilik berjalan dengan lancar dan jayanya.tapi untuk ini saya kene tutup tingkap jugalah.

2. lari pi bilik orang lain.or pi stay kat library masa weekdays sampai petang.agak bagus juga,saje je care nak kasi rajin pi lib ye.tp mase weekend kene pandai2 la nak idop.

4. pakai headphone dan pasang lagu kuat kuat .lawan bunyi bising tu.tapi lame kelamaan mesti phening lu punye kelapa and u ll end up ngan tido.hoo.

3. buat pandai je.layanje bunyi bising tu seperti tiada apa2 yang berlaku atau mungkin anggapkan ia adalah intrumental music yang menghiburkan dan mendamaikan hari kita.nak buat yang ni kene ade 'mature defence mechanism' yang mantop.

4. disebabkan mereka mempunyai semangat dan kerajinan malah kesungguhan yang sangat tinggi mengalahkan pelajar medic, maka pihak universiti disarankan amik dorng belajar medic. resign kerja tu jadi pelajar sepenuh masa maka tiada orang akan buat kerja2 tu maka tiada gangguan bunyi bising.haa.amacam.penyelesaian yang tidak masuk akal dah.(saya suspect bunyi bising tu telah menyebabkan sedikit gegaran di otak)

 5. terima je seadanya.anggaplah ia sebagai satu pengajaran dan peringatan supaya ingat penderitaan saudara saudara kita di palestine .mereka di sana dah lali da bunyi bising2 sikit sikit ni.no hal ciput pun.maka kita akan rasa bersyukur dengan sikit je gangguan bunyi bunyi ni.

so, nak pilih yang mane ye.

Allah berfirman:
"Dan jika kamu menghitung nikmat Allah yang dilimpahkannya kepada kamu, tiadalah kamu akan dapat menghitungnya satu-persatu, sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihi". (Surah An Nahl ayat 18)

Firman Nya lagi dalam Surah An Nahl ayat 114:
"Dan bersyukurlah akan nikmat Allah, jika benar kamu hanya menyembahnya semata-mata".
marilah kita sentiasa bersyukur atas segala nikmat Allah walau sekeciput mana pun,kerana seandainya nikmat yang  sekeciput itu ditarik balik pasti barulah kita sedar akan kepentingannya.Astargfirullah,banyaknya nikmat Allah tidak disyukuri lagi ni.

 wokeylah.chow.wassalam
mensyukuri nikmat persahabatan.
semuanya lebih bererti apabila dihayati~

Wednesday, July 14, 2010

biar

kadang hati berterus simpati
memang sukar untuk dibayangkan apatah lagi untuk melalui
kerana  tabah dan kuat maka Dia telah memilih sang diri

bila suatu ketentuan amat sukar diduga
maka apanya yang pasti ialah redha
kerana iatu kunci utama penyelesai segala
luluh kekusutan tatkala lara

bukan mudah untuk bicara
kerana bukan sang mata yang menyorot merasainya
namun kini bukan lagi masa untuk mengadah
langkah diterus tak akan beralah

ucap salam pada derita
pupuk semangat menghapus kecewa
terkunci lidah tak bermakna kalah
kerana sang petah masih terlupa hargainya
alpa bila kelihatan gah

biar jauh dari kebiasaan
tapi dekat dengan kesabaran
saat masa itu datang
rupanya kamulah yang paling senang.

 -ENT WARD,PPUKM, 8.30AM,MEI 2010,-

semuanya lebih bererti apabila dihayati~

DEMI MATAHARI




bismillahirrahmanirrahim...
In the name of Allah, Most Gracious, Most Merciful.

 By the Sun and his (glorious) splendour;
 By the Moon as she follows him;
 By the Day as it shows up (the Sun's) glory;
 By the Night as it conceals it;
 By the Firmament and its (wonderful) structure;
 By the Earth and its (wide) expanse:
 By the Soul, and the proportion and order given to it;
 And its enlightenment as to its wrong and its right;-
 Truly he succeeds that purifies it,
 And he fails that corrupts it!
(as-Sham: 1-10)
That just as the sun and the moon, the day and the night, the earth and the sky, are different from each other and contradictory in their effects and results, so are the good and the evil different front each other and contradictory in their effects and results; they are neither alike in their outward appearance nor can they be alike in their results.

That Allah after giving the human self powers of the body, sense and mind has not left it uninformed in the world, but has instilled into his unconscious by means of a natural inspiration the distinction between good and evil, right and wrong, and the sense of the good to be good and of the evil to be evil.

 jika janji Allah masih tidak cukup untuk menggetarkan rasa di jiwa, maka tiada apa lagi yang mampu


SUBHANALLAH.semuanya lebih bererti apabila dihayati~
Alhamdulillah.

Sunday, May 30, 2010

kerana inilah

pandangan ku jauh menangkap sisip wajah kabur itu..
dengan beg masih ditepi digenggam erat
tapak kaki dirapat
masih teguh memandang sang kelibat
begitulah. hanya sekadar mengira waktu
sementara menghitung minit sebelum berlalu untuk sesuatu

tanpa sedar
suatu kebingitan menggegar gegendang condong lantas menggongcang tulang2 kecil dan akhir ke temporal lobeku 
nasib aku masih sihat tanpa penuh tempelan di salur pembawa cecair nikmat hidup
mata ku kalih pada kebingitan itu
ia seolah memperingatiku akan apa yang bakal lalui 
suatu pengharapan muncul yang tidak pernah putus walau seketika
 kulihat resah pada sang wajah

angan ku kembali jauh melayang
 memikir segenap masa mendatang
 kuasa Allah maha hebat segala
 mengaturkan terbaik buatku tanpa cela

kerana inilah tarbiyah terbaik
bagi seorng insan yang masih celik
pengorbanan yang tidak kenal erti jerih
namun bisa peroleh indah dalam ruang lemah dan letih
tercantas resah terlupa segala getir

kerana  inilah tarbiyah  terbaik
 buat diri dan mereka yang rela hayati
 dalam suatu peluang yang tidak terzahir
menanti sang sedar selongkar sendiri
barulah terpasak takkan lari..

  OGAC,PPUKM,APRIL 2010

P/S kadang2 ayat aku sendiri pun aku susah nak paham. walaweh.chow.wassalam



Monday, May 10, 2010

IBU KAU ILHAMKU

bismillahirrahmanirrahim..
sebenarnye memang tak sabar gile nak buat entry ni.aku rasa inilah pertama kali aku buat dua entry dalam satu jarak yang dekat.sebelum ni  macam setahun sekali.macam eh.ini hanya macam.

''ku ingin kau jadi wanita mulia......''-ringtone mak aku berbunyi.ak sure mak  x ubah ringtone ni selagi xde orang buatkan untuk die.
''hello..assalamualaikum mak..''
''waalaikumussalam..haa adik.''
''hehehe ..ngah buat ape mak??''
''takdelah tengah siap nak pegi program keluarga sakinah kat ulu choh''
''oooooooo............hehe. urm..Mak Selamat hari Ibu!!!!!!!!!!!!!!!!! hihi''
''oooh..terima kasihhhh bebeh dik......
kami gelak sama-sama..
perbualan bersambung..........

since kecik kecik,mak aku memang adalah the most best person ever yang sentiasa akan menjadi pengurus peribadi anaknya yang tak terurus ni. Aku paling ingat dan x leh lupa lah..sejak kali pertama aku terlibat dengan bende2 alah pertandingan di sekolah yang semua memerlukan standing in front of audients with high confident level , semuanya mak aku lah yang jadi 1st liner sebelum cikgu. masa darjah 2, kali pertama masuk pertandingan bercerita, pertandingan ni aku rasa tujuan utama adalah untuk mencari wakil pertandingan bercerita peringkat sekolah dan seterusnya.

jadi macam mane entah aku boleh masuk dan cerita  yang ak bawak tu mak aku yang tuliskan sepenuhnya..cerita 'SANG SEMUT DAN BELALANG'..pernah dengar?cerita ini banyak pengajaran.cerita ni memang  historical betullah buat aku.dari jalan cerita sampai suara semut dan belalang bercakap tu pun jadi sejibik dengan suara akul.ini semua adalah hasil jalan cerita dan latihan yang mantoop dari mak pluss nenek sekali.memang benar nenek aku pon join tolong buatkan dan beri latihan intensif .latih tubi.kehkehkeh.natijahnya aku menang pertandingan tu...dan mulalah cikgu suruh buat persembahan kat perhimpunan sekolah..malah sampai sorang cikgu music sepatutnya ajar music masa tu suh  buat persembahan bercerita tu sekali lagi masa kat dalam kelas.memang hebat penangan mak aku.sejak ari tu aku mula masuk pertandingan pertandingan bercerita peringkat sekolah, zon..etc.

sama juga pertandingan melukis..mewarna.menang untuk kategori tahap satu.lukisan dipertontonkan di board susur gajah sekolah ala ala geleri konon.darjah 6 aku masuk pertandingan lukis peringkat daerah.tapi x menangla dpat no 5 atau 6 kot.biasalah tangan pengkor.semuanya ni hasil betapa supportive nye mak dan jugak ayah yang akan bawak kitorang pi pertandingan kat mane2 la kalau berkesempatan walaupun pertandingan mewarna kat UTM sempena hari konvo kitorang (kakak dan aku) x menang sebab ramai budak2 pakai kaler krayon hebat2 kami hanya kaler kayu.tapi yang nak cite disini betapa supportive nya mak aku ni tak leh handle.walaupun mak tak belajar tinggi atas kesempitan hidup dulu.tapi mak tetap the best ever n forever.

satu hari masa darjah dua juga,cikgu suruh  buat persembahan untuk perhimpunan sekolah.if not mistaken setiap kelas mesti kena hantar wakil buat persembahan setiap minggu.langsungnya aku dipilih ,maka mak aku jugak lagi tolong buatkan aku satu sajak..sajak ni walaupun pendek khas untuk kanak2 darjah dua, simple dan mungkin biasa je namun ia sangat bererti buat aku. dan hingga saat ini aku masih ingat sajaknya dah hampir14 tahun dan akan terus ingat sampai bila bila insyaAllah.

 sebenarnya aku terkilan..sebab x dapat deklamasikan sajak tu sampai ari ni kat tapak perhimpunan tu..cikgu tangguh tangguh sampai aku naik tahun dan akhirnya sampai masuk sekolah menengah.maka aku deklamasikan kat sini je la.. tajuknya: 'RESEPI KEJAYAAN' ,pendek cetotet let je,

sekilo kerajinan..
 sekilo usaha..
 diadun..dipadukan..
 menjadi keyakinan...
 ditambah dengan keimanan..
diserikan dengan ketakwaan..
 terap dan bentukkan..
 menjadi nilai-nilai wawasan...
hidangkanlah sajikanlah..
kepada anak anak watan..
 kelazatan kenikmatan..
 itulah yang dijanjikan!..



penuh tersirat maksud sajak ni pada aku..terima kasih mak..selama ini menjadi vertebrae tegar anakmu ini..
akan ku jadi pula vertebrae itu untuk menampungmu kelak..
ya..tiada siapa boleh menandingi mu setelah Allah dan Rasulullah..

SELAMAT HARI IBU!
buat Che hanum bt Abd latiff

mak
sekian
 wassalam
 chow

p/s: kalau aku pi balik sekolah rendah pekan nanas tu aku nak berdiri atas perhimpunan (kalau masih tak roboh) nak deklamasi sajak tu balik.sorang2 pun sorang2 la.terkilan punye pasal.

Sunday, May 9, 2010

telah mula

bismillahirrahmanirrahim
Alhamdulillah.

hanya Allah maha mengetahui.aku memang x pandai nak express  feeling directly to them.i'm worry to break their hearts and worsen it even more.but i d' care all of u guys.and i really understand the situation.The journey is not finished yet, its just gone through a hard-hurt phase in order  to make the engine even stronger before it begins to speed up again.'Allah burdens not a person beyond his scope'-(Al-baqarah-286)

telah seminggu mula class.
hari pertama melangkah tahun 4,rasa macam da besar pulak..diam x diam dah hampir empat tahun aku dalam dunia perubatan ini.rasa macam semalam baru habis oreintasi 3k 1st year yang tema utama adalah larian macam nak lempang.

---------------------------------------*****************----------------------------------------
pulang dari rumah, dalam teksi pakcik teksi tanya:

'da berapa lama dah belajar?'
'urm..iAllah besok start sem baru tahun keempat pakcik'.(macam x menjawab soalan)
'ooo..dah tinggal lagi setahun lebih je laye.'
'haah.insyaAllah'.-jawab sopan.teror pakcikni.

berbual2 orang matang.
sebelum turun.

'urm belajar baik baik ye nak.semoga berjaya.'
'insyaAllah pakcik.terima kasih.semuga selamat semua'(pakcik ni baru kematian anak saudara berusia 23tahun atas sebab penyakit y tidak diketahui)


dalam otak bergelumang..haah da lebih separuh aku soaked in medical life ni..dah nak jadi doctor da..akan menyelamatkan nyawa orang tak lama lagi ni.to heal or to kill?

pantas seih masa berlalu....
dapat posting TRIAD-otorhinolaryngology(ENT),ophtalmology, anaesthesiology.hari pertama,
buku tiada,langsung blurr.lecture 1st epistaxis.clinic tiada patient.pelik.maka belajar physical examination for ears
----------------------------------------*****************----------------------------------------------
A student (she just finished her med school) from Dubai. but she is an iraqian.she 's doing her attachment in  our hospital,particularly in ENT department ,and more specifically she's joining our group.We become  friends.she keeps saying thanks to me for helping her alot here.she never learnt  ENT clinically there.bukan ape,tapi aku memang  rasa empathy lagi2 saudara seIslam and try to put my self in her shoes,mesti horrible.alone and knows nothing.Dengan language barrier nya lagi.lagipun mengenali seseorang yang lain dari ruang lingkup kita sesuatu yang menarik.boleh share macam2.boleh bantu kembangkan otak aku sikit.manalah tau satu ari aku pi dubai ker. adelah orang nak bagi tumpang rumah.hihi.Her name is Marwa .yes like from safa to marwa she said.she never been there after all .

she 's pretty, unfortunately she already married for almost 2 months (act fortunately) with an Iraqian who works as dentist and as lecturer in USIM as well.She said  learning system in Malaysia is more organized than theirs and she really loves Malaysian.she said we are very nice,she only talks with her close friends in Dubai.Here we are very generous.we smile anywhere (appropriately)and with everybody.kembang kempisan aku.Isaac kata we are 1 Malaysia.hoho.
-------------------------------------****************-------------------------------------
 ak pun ade bace gempar gempur berita dari sini yang ramai Housemen UKM dan UM pi lari berkhidmat kat singapore dan komen jawapan sincere(mungkin) dari sini.and I d read all the comments.Personal thought,initially ak rasa memang x patut jugak tindakan ini.Nevertheless, 2nd thought i think that ll be an 'eye opener' to some related person and society.Hopefully something good or at least better will happen after this.

-------------------------------------****************------------------------------------------------
setahu aku, posting aku kali ini tiada student perempuan melayu yang sama dengan posting aku masa 3rd year.lelaki melayu pun tiada.cuma beberapa rakan chinese.tapi x apalah inilah peluang untuk merapatkan lagi ukhwah dengan rakan rakan lain.buleh kate sejak dari 3rd yer setiap kali masuk sem baru ak akan renovate bilik aku.kali ini ubah lagi sekali.ubah citarasa.sem baru.timbulkan semangat baru.aku rasa yang ini..sangat aku suke.yeah.alhamdulillah.terima kasih korang yer temankan semalam.meh2 datang bilik.(perempuan sahaja)
 ade beberapa perkara non academic sedang menunggu aku sekarang.ak berazam mahu kurang kan activiti non-academic aku tahun ni.tapi macam dah banyak la jugak.ape2 tunggu je lah.aku paling gile x sabar dengan penghasilan buku tu.dah lame da ni.buku ape tu??haaaa.jeng jeng jeng.tungguuuu.

kali ni study group merely dengan XX. XY tanya..no no..kami nak sume perempuan la..pro nye..senang, xpayah proper attire.go go go girls! kehlah.. sume tentang diri aku.nyampah dah orang baca(kalau ade orang baca pon la).

 p/s:umai dah ajar care nak potong perkataan tu ,eg: saya mahu makan basikal karipap.
      memang jakunis bin lakunis betol la aku ni.rupanya pi ubah dekat setting.aiiyoo.
     :nanti aku amik gambar kawan Iraqian masuk disini buat kenangan terindah.

okelah.sekian.wassalam.chow






Tuesday, April 27, 2010

untitled

bismillahirrahmanirrahim


iyyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaarhhhhh!


bagi regang sikit trapezius dan latissimus dorsi muslce ak..eerk.


akhirnya..dan akhirnya,tamatlah riwayat sang degil.huh.ak baru je habis.berpeluh bermandikan keringat menghempas pulas menjawab soaln O&G semalam.agak gusar juga.peluang kedua kadang kadang agak memedihkan namun cukup memberi makna,hikmah dan nilai tambah(nilai tambah??ak pun x paham maksud ni) insyaAllah.kita berusaha sahaja sebaik,semampu mungkin,walau mungkin belum lagi mencukupi.kini bertawakal kepada Allah.semuga dipermudahkan segala jalan yang terbaik dunia dan akhirat untuk aku dan rakan rakan.amin.

lame juga tidak mengupdate blog.macam la busy gile.diam x diam da hampir 3 tahun juga blog aku ini.dari 2008-2010.tapi boleh dikira berapa buah/helai entry yang ade,xmenarik sungguh.ke aku memang seorang yang 'secretive'?itu mungkin betul.aku agak perahsia juga.

tapi yang penting masa baru buat blog, ak memang berniat hanya akan menulis bila kene masa yang tepat, ade feel, tidak mahu membebankan diri dan menjadikan ia sesuatu yang sangat heavy untuk aku.sebab itulalah temanya 'sukasukiku'.

dan blog ini..mungkin tidak begitu ilmiah atau berinformasi kerana ia sekadar sukasukiku.peringatan awal kepada orang yang tersesat menengok blog ini tidak boleh mengharap yang best2.blog ini tidak mempunyai format yang rigid.semua cincai kira.mungkin juga suatu ekspresi.mungkin,itu hanya mungkin.

namun aku lebih gemar menulis berkaitan perkara yang berlaku disekeliling aku.dari pengalaman seciput ini.i learnt from every single- simple-trivial-niglected things happens around myself,I learn from people around me and yet so many things to learn still.Life ll be so interesting if i appreciate every moment of it,anything happens with reason.-'semuanya lebih bererti apabila dihayati'.ya semuanya.the very slow motion-last lyric of 'Alhamdulillah' song by too phat,i love that song so much.

pulang dari midvalley ,keluar bersama sahabat2ku sebelum kehabisan cuti yang bersisa ini.bawa pulang buku yang memang nak baca sangat,buku peminat aku,eh aku peminat buku tu,'Life is an Open Secret' by zabrina abu bakar. A simple-relaxed writing style motivation book based on writer's own experiences.This is her second book i bought. The other one is a novel-'Kite Runner',by Khaled Hossein.Im not sure the greatness of this book.I just heard from strangers about it.let me read it first.oh tapi rupanya sudah ade movie tentang cerita ini.nanti ak nak carik lah.





Satu lagi, aku memang belum pernah lagi membuat mana mana link tentang kehadiran blog ini hingga saat ini.samada di facebook/ym or apa2.mungkin kalau ada pun secara indirect.kalau link2 antara blog tu ak xpe je.biarkan.aku lebih senang begitu.mungkin belum tiba masanya.biasalah blog tak best.x syok r bagitau orang yek.eh kenapa aku bagitau benda ni.macam ngek.

okelah aku mahu pulang ke rumah esok ,menikmati cuti berapa kerat ini.apa2 calling2(ni macam ayat budak2 sekarang yang macam nak lempang langsung tiada kaitan).

sekian ,sekadar sukasukiku.wassalam.chow.


nota su-kakiku:
-mungkin aku akan menggunakan kata ganti nama 'aku' lepas ni.macam best dan telus.tapi ini hanya mungkin.
-penat mencari jalan bagaimana nak cancelkan perkataan seperti ia salah tulis.tapi tidak ketemu lagi.aku memng jakun betol dengan benda2 ni.