
Friday, February 26, 2010
'INSAN' ITU

Thursday, February 25, 2010
telur dan pembayangnya
saya ada terbaca satu cerita ringkas ini dalam majalah solusi;nak share.lebih kurng ginilah citenya tp sy edit siket.
Mat dan Mut adalah 2 orang kawan baik punye.dorang pergi ke kedai runcit yang yang menjual telur.mase si Mat sedang milih telur ni,tiba tiba terpikir nak menguji kebijaksanaan si kawannya itu.Diam -diam dia ambil telur dan menggengamnya dalam tangan elok-elok.
mat :: kalau ko bijak bro, cube teka apa yang ada dalam tangan aku ni?
mut :: cube ko bagi aku bayangan sikit..
mat :: bende ni bentuknya macam telur
mut :: lagi?
mat: :: warne die macam telur
mut :: lagi..lagi
mat :: eeiii..ko ni x cukup cukup lagi ke? okelah kalau dimasak rasenya seperti telur.keadaan biasa dia cair tapi kalau panaskan dia jadi pepejal.hah mendalam dah.pedier??
mut :: hurrm..tolong bagi sikiit je pembayang lagi yang lagik hampir...hee
mat :: Hadoiai ko ni aku ketuk kang..dalam dia ade cecair warne putih ynag mengelilingi warne kuning!
lame gak si Mut ni pikir dan..
mut :: haaa...aku tau..aku tau..! dia sejenis kuih!!
mat :: huuik?..no no no..da.malaih do laye mu.=(
mat bukak genggamannya.ya..hanya sebuji TELUR! ..apalagi korang expect?
moral of the story:
haa cepat teka ape?
haa manusia ni selalu menjadi ''buta" dengan apa yang terlalu hampir dengan dirinya.orang yang paling hampir selalu dipinggirkan tapi bila orang tu sudah tiada, baru terasa kehilangannya.yup kerap kali sesuatu tu tidak dapat dilihat bukan sebab terlalu jauh, tetapi sebab terlalu dekat..huh.confirm rabun dekat!
okelah ,think about it~chow~
wassalam.

hai..si telur pon mau jadi pandai pegi kelas.comel betol sebijik-sibijik.ha kita mau jadi apa kalau xdtg kelas?telur?
p/s:
- harga telur da naik kan sekarang?ke da lama naik?
- banyak banyak bahagian ayam, bahagian mana yang tidak dipanggil ayam??haa,teka2.yang da tau jangan jawab.
Sunday, February 21, 2010
HARI SPECIAL!
SELAMAT HARI JADI/LAHIR//MATANG/TUA/bangka dan sewaktu dengan nya buat diriku!
yang ke tuuuut..
betul tu..
wish to change from 'nobody' to 'somebody' in this new chapter of life..
''And Allah has created you and then He will cause you to die; and of you there are some who are sent back to senility, so that they know nothing after having known (much). Truly! Allah is All-Knowing, All-Powerful.'' ( سورة النحل , An-Nahl, Chapter #16, Verse #70)
-Dan Allah yang menciptakan kamu (dari tiada kepada ada); kemudian Dia menyempurnakan tempoh umur kamu; (maka ada di antara kamu yang disegerakan matinya) dan ada pula di antara kamu yang dikembalikannya kepada peringkat umur yang lemah (peringkat tua kebudak-budakan), sehingga menjadilah dia tidak ingat akan sesuatu yang telah diketahuinya; sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Kuasa.
nah cake..nyum.nyum..gambar tiruan pun jadilah.konon2 umur satu tahun la.haa..yang kecik tu korang ambil.yang besar tu saya punye.=)hoho.
Friday, February 12, 2010
rotan
ade satu cerita..
di sebuah kampung tinggallah seorang budak lelaki bersama ibu ayahnya berserta kakak kakaknya.budak kecil lelaki ini,memang budak la.
namun ,pada suatu hari si budak yang masih hingusan ini telah melakukan satu kesalahan.biasalah kanak kanak main itulah main inilah.tapi penulis x sure kesalahannya apa,sebab dah long long time ago.tapi kali ini agak besar sikit kesalahannya.
maka si ayahnya yang cool telah memarahinya.sebenarnya mahu menggertak sahaja.
si budak kecil itu sangat takut..kerana ayahnya tidak pernah memarahinya sebelum ini...
ayah nya memegang rotan konon-konon action mahu merotan anaknya itu.si budak itu pun menangis teresak esak....betol betol menyesal la kononnya.si kakak-kakaknya dan emaknya juga berada di situ..hanya menyaksikan adegan itu.sama sama mahu mengiyakan bahawa tindakan budak kecil itu memang salah dan memang perlu mendapat hukuman.(hanya gertakan)..
si budak itu terus menangis mengangis dan menangis lagi..
dalam situasi yang genting itu..cuak punya pasallah. tiba-tiba si budak kecil itu bersuara..mahu memohon maaf kepada ayahnya atas perbuatannya..dan sekaligus mengelakkannya dari kena rotan.
si anak berkata sambil teresak-esak: ayah..''ayah,kita tak buat lagi... kita maafkan ayah..kita maafkan ayah..."
errk..
si kakak, dan emak budak kecil itu terkejut la..apataaah lagi si ayahnya..
adakah patut sudahlah buat salah , budak kecil itu pula yang nak bagi maaf..haha..lawak sungguh budak kecil itu..
namun si budak kecil itu tidak mahu mengalah..dan berkata berulang ulang kali.
supaya dirinya dimaafkan dan tidak dirotan..
"kita maafkan ayah.".kita maafkan ayah..".dengan penuh pengharapan sambil menangis
ishk budak kecik itu memang betol2 tak realize kesalahan ayatnya itu.
dalam muka serius itu..ayahnya semakin tidak tahan mahu gelak..si emak dan kakak2nya sudah berlari- lari kecil masuk kedalam bilik terkekehkekeh ketawa kerana tidak tahanpunya pasal melihat adik bungsunya yang seorang itu.
akhirnya si ayah memaafkan saja anak nya itu.tak jadi kena rotan.selamatlah budak kecil itu.dalam hati budak itu bersorak keriangan...agaknyalah.
ini kisah benar.tiada yang benar melainkan yang benar benar sahaja.
budak itu sekarang sudah besar.sudah 17 tahun. didedikasi kepada budak itu.supaya kamu menjadi lebih matang sematang peningkatan usiamu.the same goes to orang yang menulis ini.
reflection:
1.jangan menjadi degil..nanti kena rotan
2.jangan malu atau segan untuk memohon maaf dan mengaku kesalahan diri sendiri.mungkin anda akan bernasib baik seperti kes di atas.namun jangan tiru aksi di atas takut nanti sebaliknya pula yang berlaku.
3. pastikan ayat anda tidak terbalik balik semasa bercakap.rujuk kamus dewan bahasa dan pustaka dahulu jika khuatir.jika tidak berdiam diri sahaja.
ape punya moral of the story daa...
anyway,
“Learn the past, watch the present, and create the future.”
~sekadar sukasukiku~
Tuesday, January 26, 2010
lawak dalam keseriusan
ade satu cerita kelakar.serius. lawak tidak disengajakan untuk hari ni.tadi ada teaching dengan registra (doktor).lepas habis beberapa patients pi buat short cases, doctor bawak kami ke HDW (High Dependency Unit).
lalu doctor pun panggillah seorang ahli group kami ni untuk perform respiratory system examintation(sistem pernafasan)..agak kecuakan jugak kot diwaktu itu.saya nampak kawan saya tu betul2kan jam.okelah fine.sampai part count pusle rate tiba-tiba doctor tegur..
''urm...__(identiti dirahsiakan)___kamu pakai jam terbalik ker??''
kami semua serbu tengok jam kawan kami itu....
berterabur semua gelak sakan time tu..terbalik nombor 12 kebawah..kihkihkih
''ops...oh..saya pinjam jam kawan saya ni xbawak jam pulak.xperasan tadi'',
lebih kurang gitu la jawab die dengan muka sememeh.macam nak belasah.. Haha.. entah entah patient tu pun turun menyertai kegelakkan tersebut.ishkk..lawak lawak.
yang menjadi masalahnya muke die confident gile je count pulse patient tu..tanpa rasa kelainan waktu pada jam tersebut.rasanya die dah perasan jam tu terbalik .tapi telah tidak mengendahkannya sebab nak guna jarum saat je.
hai...sajaje nak menarik perhatian ea.lawak paling bermakna untuk petang ni.huhu..kalau rasa tidak kelakar tidak mengapapun.kerana ini bukanlah raja lawak.sekadar kala
u mahu relax relax minda. yang penting terus banyakkkan practise history taking,Physical examination dan mantapkan knowledge.tidak lupa doa dan tawakkal.semoga dipermudahkan observe long case minggu depan buat y terlibat.amin.saya saja usik lepas kelas-''ni mesti selalu pakai jam digital power rangers nie.kehkeh''.
cerita ini tidak berniat mensabotaj mana mana pihak samaada yang hidup mahupun yang mati.acewah.
~sekadar sukasukiku~
salam.
Wednesday, January 13, 2010
suatu
dalam hati siapa yang tahu..
******************
terfikir..
sesuatu dari Allah mungkin adakah suatu ujian untuk menguji hambanya,
atau mungkin satu peringatan pada diri..
maafkan aku Ya Allah..
Sunday, January 10, 2010
EDISI KHAS
segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam ..
yang mematikan yang hidup dan menghidupkan yang mati di suatu hari nanti...
yang maha bijak mengatur segala urusan dan segala ketentuan...
ehem..ehem..
lamenye x menulis..
rasa nak tulis kata2 puitis..
p/s :memerah otak cari perkataan sama dekat ujung.konon2 nak samakan perkataan terakhir bagi macam merdu..kahkah.
terserlah ketidakpuitisan.
+-+Copy.jpg)
post-AGM 09/10